Followers

Monday, April 29, 2013

keyakinan diri

Assalamualaikum...

minggu lepas aku dengan penuh rase gembiranya balik dr salon..hihihi maaf mak guna kad kredit..then mak aku tanya..mak/me "why u cut ur hair like that?" it fashion ma" "u want show at who" "no one..just for myself"...then mak aku wat muka dia..sebenarnya aku buat mcm tu sebab untuk keyakinan aku sendiri..

untuk pengetahuan semua kadang2 aku rase down..bila aku tak de keyakinan diri..time tu macam semua benda jadi tak kena..so mase form 2 aku diberi tanggungjawab untuk jadi pebimbing rakan sebaya kat sekolah...then mase form 2 n 3 prs still tak aktif lah..then tbe2 mase aku form 4..cikgu kerul suruh aku jd MC untuk 1 majlis kat sekolah..fuh bayangkan berdiri kat depan seribu lebih student then orang luar lagi..dah ah aku mmg terkenal dengan penyakit gagap kalau aku nervous..then korang boleh tau kn betapa malunya aku hari tu??

keesokkan harinya aku dipanggil masuk dlm bilik kaunseling then lepas bincang2 dgn cikgu lily aku dapat satu cara untuk keyakinan diri..lain orang lain cara..nie aku bg tips kat korang untuk tingkatkan keyakinan diri korang..

okey bagi contoh dalam seminggu korang akan hadiri temuduga or kena handle 1 majlis..1st skali kite kena berani..perlu ade sikap 'aku boleh' jgn sesakali korang cakao 'alah,aku tak boleh ah..aku takut' JANGAN!!!..then korang kena ade ilmu..means korang nk temuduga untuk restoren..so korang study dlu psal restoren tu..so nanti tak de lah korang nak tergagap2 mase interview

then korang kena aim ape yang korang nak...aim ah yang korang nak giler jawatan tu..dengan aim korang automatik akan menjadikan semangat korang membara..then sentiasa improve diri sendiri...practise make perfect! so sentiasa berlatih..perempuan dan cerminkan tak kan terpisah..so rajin2 lah diri bercakap kat cermin..then bila dah confident try carik someone n practise depan dyeorg..so korang dah skill nak bercakap..

n pada aku paling penting..penampilan..kalau korang rapat dengan aku..korang akan dengar ayat nie keluar dari mulut aku hari2..siyes! tak tipu.."chill ah..budak comel mcm aku jer boleh buat tu" selalu nye aku cakap tu bila aku ade wat salah..korang chill..lantak ah orang nak kate kite perasan...kite nk baiki diri untuk kita..bukan untuk orang lain..aku suka tengok diri aku depan cermin...bila dah siap aku akan cakap "comel gak aku nie"then snap pic pose comel...in shaa Allah hari aku akan jadi okey and..and..and jangan lupa untuk SENYUM sepanjang hari

okey tu jer kowt..act tadi idea aku mencurah2..bila orang kacau aku tgh menaip mulalah aku hilang idea..maaf!!! doakan aku murah rezeki untuk dapat tawaran dgn upu wahai sahabat





Thursday, April 25, 2013

tawaran pertama

Assalamualaikum..

izikan ceq berbahasa kedah malam nie..okey tak pandai sgt...main tibai jer nia..kenpa tbe2 ceq nk berloghat kedah erk?? ini lah sebabnya




alhamdulillah..hari ni result matrik dah keluar..so aku dapat kat kmk..what kmk?? kolej matrikulasi kedah..tuuuddiiiiaaaa...kodiang sana!! fuh4..jauh lah semput ceq bila tgk negeri dia...abang ipar ceq yg mmg anak jati kedah pun cakap jauh..lagi lah ceq yg mmg tersagat fail geografi malaysia nie

act tak tau pun hari ni result matrik keluanr..pagi2 ceq bukak ja twitter ade sorg budak tweet yg dia dapat hat perlis sana..fuh!! then mintak link..dia bg portal lama tp still leh bukak..so ceq bukak lah..dapat kedah..text zaty mintak ic dia..dia dapat perlis..fuh!! kenapa tak sama??!!!ntak pe2 berjiran lah kite ty..

Kesabaran terus diuji bila berita mengatakan matrik upgrade..so pukol 4 baru leh bukak laman web rasmi KPM..okey mase tu ceq dgn meera..kami tak tidur pun petang nak menunggu pukol 4 tu..then dapat email..KPM tunda resulr..kuar 26/4..permainan ape yg KPM cuba mainkan?? rase hati dipermainkan...ceh sila tampar! tbe2 ade sorg senior call kate web rasmi dah boleh bukak..so aku dgn meera cepat2 check balik..same jer..jodoh ku tetao dikedah..meera di perak..yg aku tgh pelik bin hairan nie..aku mintak negeri sembilan,melaka n johor..macam mane matrik campak aku ke kedah?? kodiang lak tu?? tapi alhamdulillah..dah rezeki kami ke situ

tapi sekarang aku still tak leh wat keputusan untuk terima matrik or tak..along suggest untuk aku tunggu result upu yang keluar minggu ke 3 mei..so pada para pembaca yg budiman..mohon doakan saya dimurahkan rezeki menerima tawaran dr upu..thank sgt..

#hok aloh..sape lagi member yg aku kenal ke kedah?? macam ramai ke perlis jer??


Wednesday, April 24, 2013

birthday celebration part !

Assalamualaikum..

fuh lama giler kan aku tak update?? ade sape2 rindu kat aku tak?? buat ape nak rindu kat aku kan?? perabis masa jer..okey2 maafin ya wahai sahabat..aku memang sangat sibuk sejak 2 menjak nia..then aku dah jarang bukak lap top..bukak pun kalau nak wat assigment..ceh2..kalau rindu doakan lah aku tau4...

so post kali nie mak cik nak story birthday celebration part 1..okey main part2 lak kan?? birthday sape sebenarnya?? okey2..sabar lah..tau lah rindu *cepat tampar*..act 21 hb hari tu birthday anak buah aku..nur syaza qaisara n 22hb bithday along aku...so hari tu kami g zoo negara..aik mcm pelik jer sambut birthday kat zoo..baby sara lah nak g zoo..so ikutkan jer lah..

disebabkan baby sara keluar awal sehari dari along..kami plan wat party 28 nie..so memang sibuk lah nak buat sume kan..along sediakan kek n goodie beg...yg lain sponsor makanan..aku sponsor tenaga jer..hihi aku kan penganggur terhormat..

korang layan pic sepanjang kteorg kat zoo k...

ehem2..cuba teka sape dapat kereta baru??





ceh antara haiwan2 yg aku tgk..banyak binatang..malas nk upload..tp paling best tengok animal show..aku pun dah gayat jap..tp hampa sikit ah..aku nak ambik gmbr dgn ular sawa tp angah aku tak kasi..confuse btol aku dgn dia..aku yg nak ambik gambar dia yg fobia lebih..

entah kenapa aku rasekan sang buaya nie sangat cute

alah orang tu salam eja nama syaza lah..
okey nie sume just pic dr fon aku jer...pic yg lain sume kat camera..tunggu aku rajin nanti aku upload kat fb...

p/s:mohon doakan aku dimurahkan rezeki untuk sambung blaja..aamiin!!

Tuesday, April 9, 2013

jangan menghukum!

Assalamualaikum..

okey today hati aku tersangat tenang..setenang bumi yang dari pagi tadi hujan renyai2..then2 datang seorang abang senior kat aku..borak punya borak tbe2 abang tu cakap pasal masalah manusia sekarang..okey2 aku tersangat berminat..eh aku ape2 topik pun menarik..i love talk..tak kisah pun sape..okey melalut..sambung *ingin ku ingatkan entry kali ini panjang..mohon bersabar*

okey aku bagi situasi k..yang nie sape yang like fan page "muhammad rusydi" kat FB korang boleh bace..mohon copy ilmu bang..


Al-kisah seorang mat rempit tegar baru nak menginsaf. Tapi kini beliau sangat tension. Tension dengan beberapa situasi yang beliau terpaksa hadapi.

Situasi 1
---

Masa zaman rempit, beliau selalu layan lagu metal rock, gigs punkrock. Selepas insaf, beliau beralih kepada lagu-lagu jiwang sentimental.
Reaksi masyarakat: "Dari ko layan lagu jiwang, tu baik ko dengar nasyid ke zikir terapi ke qasidah ke..al-Quran ke..jiwang2 ni lalai ko tau tak...lalai!"

Reaksi beliau dalam hati, "Layan lagu jiwang pun salah gak?!"

Situasi 2
--

Masa zaman rempit, beliau dating dengan minah rempit sana sini. Bonceng sana-sini. Arak pompuan keliling bandar metropolitan dengan motor. Couple dan zina tu jadi makanan batinnya. Selepas insaf, beliau mula nasihatkan supaya couple halal selepas nikah di facebook.

Reaksi masyarakat: "Ko ajak couple halal lepas nikah hanya buat umat Islam jadi lemah je, jadi berfantasi nak nikah tanpa persediaan. Ko hanya merosakkan umat je. Buat orang kahwin muda tanpa persediaan cukup. Pastu bercerai la. Tu semua salah ko la!"

Reaksi beliau dalam hati, "Ajak ke arah nikah pun salah, korang buta ke berlambak di luar sana yang couple dan berzina..korang ni pandai salahkan aku, tapi korang turun sendirilah ke alam realiti...alami sendiri baru korang tau betapa pentingnya kahwin. Better kahwin la dari berzina. Cerai tak cerai tu cerita kedua. Dah takde jodoh, nak wat camana. Ada korang pikir semua tu?"

Situasi 3
--

Masa zaman rempit, pakaian beliau memang rosak habis. Kadang seluar pendek, kadang rambut karat. Macam2 lagi la stailo yang bukan2. Lepas insaf, beliau pakai kopiah. Upload gambar kat facebook. Dulu gambar facebook beliau rock gile. Sekarang pakai jubah.

Reaksi masyarakat: "Ni dai'e gedik la ni. Letak kopiah dan jubah untuk perangkap perempuan2 kat fb. Entah2 macam ustaz yang pergunakan pompuan2 utk kepentingan dia. Tak payah menipu nak jadi ustaz la. Ustaz fb. Konon insaf pakai kopiah. Pergi kuliah UAI sikit dah nak berdakwah. Daie gedik padahal! Pergunakan agama utk kepentingan diri!"

Reaksi beliau dlm hati, "Dah tu, korang nak aku pakai macam dulu ke? Tak boleh ke aku post kata2 nasihat dalam fb utk remaja? Aku just taknak dorang jadi macam aku je pun! Tu pun salah ke?!"

--

Adalah beberapa situasi lagi. Tapi inilah realiti yang berlaku. Kadang-kadang orang tidak tahu kisah sebenar seseorang. Mereka judge atas penampilan luaran kita. Mereka judge apa yang mereka nampak. Mereka rasa agama mereka lebih baik dari orang lain. Ramai orang yang baru nak insaf mulai berjinak2 dengan agama dikondem oleh orang2 yang kononnya KUAT AGAMA, PERFECT AGAMA.

Tak ada orang yang baru berubah terus jalankan agamanya dengan begitu PERFECT dan tidak buat salah. Memang takkan PERFECT. Semua orang berubah berperingkat2.

Bukankah orang2 yang merasakan agamanya lebih baik dari orang lain sebenarnya sama sahaja seperti iblis? Iblis juga merasakan dirinya lebih mulia dari Nabi Adam a.s.? Bongkak dan takabur.

Tak payahlah rasa lebih pandai agama dari orang lain hingga mengeluarkan kata-kata cerca dan tohmah pada kami orang-orang yang baru nak berubah ke arah lebih baik. Nak tegur, tegur dengan baik. Tak perlu nak aibkan, tak perlu caci maki.

Kita semua hamba. Kita semua sama. Yang membezakan cuma taqwa.




okey moral of the stories pun abang rusydi dah sedia kan just aku nak tambah sikit jer lah k..kita nie suka sangat judge orang/..awak..awak..awak..as long as kita tak tidur sebilik,setilam,sebantal..jangan ah nk judge orang..okey awak..awak..awak sangat bertuah dilahirkan dan dibesarkan dengan didikan agama yang sempurna..tau serba serbi..tapi itu bukan point untuk awak memperlekehkan kami2 yang mahu berubah.

Awak sepatutnya membantu kami yang baru nak merangkak mengejar ilmu akhirat..bantu kami! Bukankah dakwah itu sepatutnya dilakukan dengan penuh lemah lembut..awak tau tak betapa sukarnya untuk kami berubah ke arah kebaikan..tapi akan jadi lebih sukar untuk kami istiqamah jika ada manusia2 yang mcm mereka2 yang menghukum..please!!!Bantu kami! sama2 kita melangkah ke syurga Allah..in shaa Allah..aamiin..

p/s:thank for reading the long entry..sama2 kita menimba ilmu!


Tuesday, April 2, 2013

renungan bersama

Assalamualaikum..

alhamdulillah..test dah abis..3 hari untuk aku goyang kaki..so tadi akibat kebosanan yang tahap super..aku pun memetik lah gitar tu sambil nyanyi lagu muhasabah cinta dengan si mar..then tbe2 si yati bukak cter psal rama2..terus dia bukak 1 website nie..okey2..citer dye mcm nie


Suatu hari, ada seorang budak lelaki sedang memerhatikan seekor kepompong..
Didalamnya ada rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan
Kelihatannya begitu sukar
Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama – rama tersebut
Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.
Akhirnya kanak-kanak mengambil gunting dan membantu memotong
kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang.
Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.
Tetapi apa yang terjadi?
Rama-rama itu memang dapat keluar dari sana,
Tetapi rama-rama itu tidak dapat terbang, dia hanya dapat merayap.
Apa sebabnya?
Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut,
Sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya, ada satu cecair didalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang.
Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.
Kadangkala niat baik kitab elum tentu menghasilkan sesuatu yang baik.
Sama seperti pada sewaktu kita mengajar anak kita.
Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tetapi sebenarnya membuatkan mereka tidak berdikari
Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang. Memandulkan kreativiti
Kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesulitan,
Yang sebenarnya jika mereka berjaya mengatasinya, mereka akan menjadi KUAT.
Demikian juga pada sewaktu kita sedang berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuan kita.
Hidup penuh dengan PERJUANGAN.
Sering kali juga kita sering menyalahkan situasi yang kita hadapi,
Tetapi ternyata situasi itulah yang akan mendewasakan kita

okey dah paham..ambik iktibar...copy paste dr harianislam.com