Followers

Monday, March 31, 2014

countdown untuk sebuah perpisahan

assalamualaikum...

last day untuk bulan march 2014..makna kata tinggal 29 hari lagi untuk kami menghadapi sebuah perpisahan...benarlah..setiap yang bertemu pasti akan berpisah sepertimana setiap yang hidup pasti akan mati...seronok??? siapa tak seronok bila 29 hari lagi akan bergelar alumni kmk nie...jumpa family setelah berbulan berkorban tak balik..tapi aku..terselit kesedihan untuk berpisah dengan kawan2 kmk

setelah setahun nie banyak benda baru belajar...yang paling penting aku belajar untuk menjadi lebih dewasa...berfikir untuk maju dunia dan bahgia akhirat..berjumpa kengkawan yang dr negeri yang berbeza dan sejuta satu perangai membuatkan aku bersyukur...Allah hadirkan mereka sekeliling aku untuk mengajar aku erti kehidupan sebenar

melangkah ke semester 2 aku dapat kelas yg memang havoc...bebudak lelaki pun tak poyos macam budak lelaki sem satu...boleh bawak belajar...boleh bawak gossip...boleh bawak cerita masalah....yang paling penting boleh bawak gaduh....thanks ammar...farid,...kefli...zul n husni...sayang korang..!!!

bebudak perempuan...biase ah persahabatan mane yang tidak diuji?? kehidupan dengan ujian dah macam kembar siam..alhamdulillah kite tangani ujian dengan penuh sifat ukhuwah kite..banyak kenangan kite...thanks sebab sangat sporting n ade selalu dengan ada saat ada down!! sayang korang sangatx100 *nama banyak sangat tak larat na taip*

so pesanan ikhlas dari penaja...Ada sayang korang kerana Allah...Ada mintak maaf sepanjang satu semester nie kalau ade tersakitkan hati sape2...banyak khilaf Ada...Ada sayang korang sesangat!! nanti kahwin jangan lupa ajak!! jangan lupa Ada...wassap jer Ada...

sahabat yang selalu ada..walau suka moody tapi kengkadang bila hyper mintak penampar jugak *love*

*love*

*keluarga tercinta..keluarga ketiga* love*

tak tau mata aku tengok mane? next kefli yang...(tak tau nak descibe dye) n farid member baik yg selalu jadi mangsa copy assigment n mintak coklat! *love*

mangsa selalu teman i g masjid n geng buli Ada *love*

faz! member yg tak pernah lagi kena buli dengan ada tapi selalu ada yang kena buli dengan dia *love*

nanad comel plus anak kecik Ada...teman study sampai 2 3 pagi *love*

keluarga kami...just full of love n selfie too *triple love*

Monday, March 17, 2014

graduation n MEM

assalamualaikumm........

AMARAN:POST PANJANG N PIC YANG BANYAK...PENGHIDAP SELSEMA OR BATUK DINASIHATKAN TIDAK MEMBACA

okey sangat mengalami ke hyperan yang luar biasa...sejak masuk sem 2 nie banyak sangat makan coklat kowt..pantang jumpa choki2 or kitkat...mesti beli then confirm hyper...tak pe best kalau hyper berjemaah...huhu

assigment menggunung tapi aku memilih untuk menari di atas lap top *bahasa melayu sangat* ...just i nak bagi tau uuuooollllssss yang i dah grad!!! tak caya??? sat naaa....


loookkkkk!!! so kepada my hellanies sorry k my sayang2...kite dulu janji nak pakai jubah sekali tapi aku pakai dulu..tapi jangan risau..aku just pakai jubah matrik dulu...ade lagi 3 jubah yang akan aku pakai..

okey banyak sangat story tapi sejak jadi student matrik nie kebolehan menulis blog semakin berkurang...sebab essay ekonomi sangat memutarkan segala jenis2 cell dalam kepala otak nie...tapi just nak bagitau uuuooollllsss yang graduation nie satu pengalaman yang tersangat berharga

konvo tak wat dalam kolej k harap maklum..kami sebagai pelajar perakaunan diberi sedikit pengiktirafan untuk wat kat d'aman golf n country resort...disebabkan kami kuliah last..so kami pun dapat lah bas 11 mase hari kejadian..ingatkan lect kami tempah 11 bas tapi just ade 10..so korang boleh bayangkan betapa lamanya kami menunggu bas pertama datang balik ambik kami...so sementara menunggu seperti biase kami akan wat....



selfie everywhere..okey seperti yang sedia maklum sejak zaman persekolahan *bahasa melayu sangat* aku memang sangat giler camera..berjangkit dengan zaty lah nie...then terbawak2 lah sampai kolej...tapi makin teruk bila sem 2 jumpe geng yang memang kaki selfie,...yang syok lelaki perempuan same jer..so kelas kami memang kaki selfie...

so sampai hotel letak2 beg sume terus g swiming pool sebab semua classmate kumpul kat sane sementara tunggu konvo sesi 1 selesai...so seperti biasa kat pool tu pun kami meneruskan hobi kami tapi lebih menarik bila classmates bawak dslr...okey sangat hyper time tu...


*pic dslr belum dapat..semua gambar hanya dari handphone yang tidak seberapa*


selfie dengan class monitor lah 

suka pic nie..feeling2 mcm hidup poligami...best bila semua sporting n enjoy
then dah penat selfie sampai turn kami untuk konvo lak....beratur tengah panas,...please bayangkan betapa panasnya kami dengan jubah yang berat tu....mase tu hope tak berpeluh n make up tak cair jer...

dari kiri: aliah,aini n husna n aku yg tengah tidur

farid..kawan yang selalu jadi mangsa untuk aku copy assigment akaun

faz n nanad..pakar membuli aku dalam segala hal





okey yang lain tu memang selfie abis lah...then balik bilik,...tunggu bebudak lelaki balik dr solat jumaat kami ade e-count race...kena jawab soalan akaun n ekonomi untuk lepas ke check point yang lain..okey enjoy sangat n paling penting dapat no 7..daripada 20 kumpulan....laju ammar lari..hahah

malam tu pulak kami ade 'Malam Executive Muda'..dinner untuk kami yg kena pkai konsep islamic executive...acara makan malam yang aku rase tersangat rasmi sebab aku bosan malam tu...aku just enjoy makan n selfir dengan member aku..just boleh guna bahasa inggeris n bahasa arab..kami krikk...krikk jer lah kat belakang tu...then snap2 dengan classmates yg lain...

am i look like an executive women??

melaram abis ah malam tu..



antara pic kenangan bersama classmates

matching gitu...member lepak memalam kat d'rumpun


so memang hari tu antara hari yang membawa sejuta kenangan indah dalam hidup aku...thanks kat semua classmates yang berjya menghuru-harakan aku...ammar,farid,kefli,teha ganu,dilla,nanad,faz,awin,alya,ila,zul,wasimah,teha kedah,husna,aliah,anis,ain,haziqah,n husni...*ikut no matrik...haha* thanks korang,...korang berjaya buat aku lupa pada masalah n kesedihan aku....sayang korang sesangat!! 

Thursday, March 6, 2014

cinta ditolak or putus cinta

assalamualaikum..

istilah in sering kite sering dengar kan?? dia macam satu perkara yang normal dalam kehidupan kita laj..setiap orang akan ada cara tersendiri untuk diaorang melalui saat2 masa cinta dyeorang ditolak or masa tengah putus cinta..adakala kite rase sakit sangat..rase down..sedih or macam2 lah perasaan yang negetif nie muncul kat sanubari..giyu..memang lah ia tak dapat dinafikan. Ada jugak macam korang pernah dan baru jer lalui saat2 yang menyakitkan gitu..hahah tiru ayat puan ros lak..okey so tadi meronda2 lah mengabiskan mase kat satu websites nie...dia bagi tips yang Ada rase tersangat lah okey...so read this!

okey panjang sikit tapi bercuba bersabar ketika membaca!! 



ERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.
Cinta itu satu fitrah. Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini. Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi. Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon. Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini. Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari. Bukan kah ini satu pembaziran? Inilah fenomena cinta masa kini.
Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita? Apakah maksud ‘cinta’ yang kita terapkan dalam jiwa kita ini? Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan? Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu. Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti saya ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga Ilahi. Mustahil jika kita menyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada dasarnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam. Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.
Kemudian, apa perlu buat jika cinta di tolak atau putus cinta? Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri? Dan ada juga yang sanggup merubah keadaan jantina masing-masing. Untuk apa kita lakukan semua itu? Kita punya agama dan kita hidup bertuhan.
Ya, putus cinta atau cinta ditolak itu sangat perit dan sakit. Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi. Namun, jika berbalik kepada definisi cinta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah? Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji? “
Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji. Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah. Tetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita. Mungkin dengan putus cinta atau cinta ditolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita. Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau. Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah. Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah. Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomoh melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah. Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.
Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita. Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu. Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita. Apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, maka bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih. Justeru, jadikan bahan bacaan itu sebagai satu inspirasi untuk kita bangun dan berjuang untuk kehidupan ini.
Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasa untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya juga pernah melalui semua ini. Persilakan untuk anda menangis dan bersedih itu. Tapi, jangan pula berlarutan. Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati. Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan. Sedih dan kecewa itu perkara biasa untuk kita sebagai manusia. Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya. Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua. Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.
Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan kita? Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana? seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini. Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”. Jika anda bertanya, Mengapa? Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui. Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya. Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.
Jagalah hubungan kita dengan Allah, Banyakkan zikir. Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita. Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan. Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita. Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai. Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam. Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga.Jadisama-samalah kita muhasabah diri. ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan. peganglah pada janji-janji Allah. Dia sentiasa dekat dengan kita. 





cinta hati pengarang jantung