Followers

Tuesday, May 6, 2014

saya dan kmk

assalamualaikum...

27 mei 2013 bermula kehidupan sebagai pelajar kolej matrikulasi kedah
bila masuk rase macam tak percaya yang akhirnya aku mampu duduk asrama kerana matrik tak perlukan laporan kesihatan...alhamdulillah bermulalah impian aku untuk hidup berdikari...mase tu bangga sangat antara dalam bilik aku sorang jer macam kuat sebab tak menangis memandangkan rumet lain setiap malam akan call mak dyeorg menangis sebab orientasi agak memenatkan...

tapi aku silap...selang beberapa minggu sebelum berakhirnya semester pertama kat kmk aku menjadi seorang yang sangat lemah...aku menangis tanpa henti..tanya sahaja bumi kmk berapa banyak air mata aku jatuh,...betapa aku mengadu lemah dihadapan sahabat2 aku ketika itu...ketika aku rase tiada siapa dapat membantu diri..Allah hadirkan insan2 yang banyak membantu...erra,yana,ainin jita..sahabat yang semuanya dari kelantan yang sanggup menadah telinga mendengar aku cerita

semester dua bermula...malasah di semester 1 aku bawa dan ianya makin besar...aku jadi tidak fokus...keputusan pspm satu keluar...aku bawa kaki aku melangkah ke HEP untuk ambil borang biru...aku bawa borang itu ke masjid ketika solat maghrib..tapi ketika itu aku diberi peluang untuk muhasabah diri...aku punya 2 abang dan 2 akak..kenapa aku begitu cepat mahu putus asa..tidakkah aku mahu mengukir sebuah kejayaan seperti mereka...tidak tahu bersyukur ke aku?? aku punya segala...segala kemudahan disediakan untuk aku...minta apa sahaja...keluarga cuba untuk memenuhi...tapi aku tidak pandai bersyukur...dengan berhenti belajar aku dapat membalas jasa dan pengorbanan yg dilakukan keluarga?? sungguh aku terasa tersangat bodoh malam itu

aku teruskan kehidupan dengan mengambil keputusan untuk menukar bilik...alhamdulillah selepas lama berhujan Allah hadiahkan aku pelangi dengan kehadiran sahabat2 sekelas yg pelbagai ragam...kehidupan aku kembali dihiasi senyuman yg ikhlas...aku bahgia...tapi nama pun kehidupan...ujian tidak akan pernah berpisah...aku redha...alhamdulillah sahabat masih bersama ketika aku diuji...aku punya sahabat2 yang selama ini aku anggap hanya kenalan...

alhamdulillah kami isi sisa kehidupan di kmk dengan sebaiknya...kami isi dengan kenangan yg terindah..kami berkorban masa dan rehat untuk belajar bersama...semua kami lakukan bersama...semua!! indah terasa saat itu walau diri menjadi bahan unti dibuli tapi aku bahgia....terima kasih sahabat atas segalanya...segalnya

29 april 2014 tamat sudah pengajian kita....aku pinjam ayat serang sahabat.. "disini kite bertemu tak kan disini kite mahu berpisah.." tidak!! aku tidak akan pernah lupakan kalian...akan aku titipkan name kalian dalam setiap doa in shaa Allah...semoga ukhwah yang kite bina tidak akan terpisah dan semoga kejayaan menjadi milik kite dan smoga jodoh kite panjang untuk kembali bersama....

kesayangan 

No comments:

Post a Comment