Followers

Tuesday, April 9, 2013

jangan menghukum!

Assalamualaikum..

okey today hati aku tersangat tenang..setenang bumi yang dari pagi tadi hujan renyai2..then2 datang seorang abang senior kat aku..borak punya borak tbe2 abang tu cakap pasal masalah manusia sekarang..okey2 aku tersangat berminat..eh aku ape2 topik pun menarik..i love talk..tak kisah pun sape..okey melalut..sambung *ingin ku ingatkan entry kali ini panjang..mohon bersabar*

okey aku bagi situasi k..yang nie sape yang like fan page "muhammad rusydi" kat FB korang boleh bace..mohon copy ilmu bang..


Al-kisah seorang mat rempit tegar baru nak menginsaf. Tapi kini beliau sangat tension. Tension dengan beberapa situasi yang beliau terpaksa hadapi.

Situasi 1
---

Masa zaman rempit, beliau selalu layan lagu metal rock, gigs punkrock. Selepas insaf, beliau beralih kepada lagu-lagu jiwang sentimental.
Reaksi masyarakat: "Dari ko layan lagu jiwang, tu baik ko dengar nasyid ke zikir terapi ke qasidah ke..al-Quran ke..jiwang2 ni lalai ko tau tak...lalai!"

Reaksi beliau dalam hati, "Layan lagu jiwang pun salah gak?!"

Situasi 2
--

Masa zaman rempit, beliau dating dengan minah rempit sana sini. Bonceng sana-sini. Arak pompuan keliling bandar metropolitan dengan motor. Couple dan zina tu jadi makanan batinnya. Selepas insaf, beliau mula nasihatkan supaya couple halal selepas nikah di facebook.

Reaksi masyarakat: "Ko ajak couple halal lepas nikah hanya buat umat Islam jadi lemah je, jadi berfantasi nak nikah tanpa persediaan. Ko hanya merosakkan umat je. Buat orang kahwin muda tanpa persediaan cukup. Pastu bercerai la. Tu semua salah ko la!"

Reaksi beliau dalam hati, "Ajak ke arah nikah pun salah, korang buta ke berlambak di luar sana yang couple dan berzina..korang ni pandai salahkan aku, tapi korang turun sendirilah ke alam realiti...alami sendiri baru korang tau betapa pentingnya kahwin. Better kahwin la dari berzina. Cerai tak cerai tu cerita kedua. Dah takde jodoh, nak wat camana. Ada korang pikir semua tu?"

Situasi 3
--

Masa zaman rempit, pakaian beliau memang rosak habis. Kadang seluar pendek, kadang rambut karat. Macam2 lagi la stailo yang bukan2. Lepas insaf, beliau pakai kopiah. Upload gambar kat facebook. Dulu gambar facebook beliau rock gile. Sekarang pakai jubah.

Reaksi masyarakat: "Ni dai'e gedik la ni. Letak kopiah dan jubah untuk perangkap perempuan2 kat fb. Entah2 macam ustaz yang pergunakan pompuan2 utk kepentingan dia. Tak payah menipu nak jadi ustaz la. Ustaz fb. Konon insaf pakai kopiah. Pergi kuliah UAI sikit dah nak berdakwah. Daie gedik padahal! Pergunakan agama utk kepentingan diri!"

Reaksi beliau dlm hati, "Dah tu, korang nak aku pakai macam dulu ke? Tak boleh ke aku post kata2 nasihat dalam fb utk remaja? Aku just taknak dorang jadi macam aku je pun! Tu pun salah ke?!"

--

Adalah beberapa situasi lagi. Tapi inilah realiti yang berlaku. Kadang-kadang orang tidak tahu kisah sebenar seseorang. Mereka judge atas penampilan luaran kita. Mereka judge apa yang mereka nampak. Mereka rasa agama mereka lebih baik dari orang lain. Ramai orang yang baru nak insaf mulai berjinak2 dengan agama dikondem oleh orang2 yang kononnya KUAT AGAMA, PERFECT AGAMA.

Tak ada orang yang baru berubah terus jalankan agamanya dengan begitu PERFECT dan tidak buat salah. Memang takkan PERFECT. Semua orang berubah berperingkat2.

Bukankah orang2 yang merasakan agamanya lebih baik dari orang lain sebenarnya sama sahaja seperti iblis? Iblis juga merasakan dirinya lebih mulia dari Nabi Adam a.s.? Bongkak dan takabur.

Tak payahlah rasa lebih pandai agama dari orang lain hingga mengeluarkan kata-kata cerca dan tohmah pada kami orang-orang yang baru nak berubah ke arah lebih baik. Nak tegur, tegur dengan baik. Tak perlu nak aibkan, tak perlu caci maki.

Kita semua hamba. Kita semua sama. Yang membezakan cuma taqwa.




okey moral of the stories pun abang rusydi dah sedia kan just aku nak tambah sikit jer lah k..kita nie suka sangat judge orang/..awak..awak..awak..as long as kita tak tidur sebilik,setilam,sebantal..jangan ah nk judge orang..okey awak..awak..awak sangat bertuah dilahirkan dan dibesarkan dengan didikan agama yang sempurna..tau serba serbi..tapi itu bukan point untuk awak memperlekehkan kami2 yang mahu berubah.

Awak sepatutnya membantu kami yang baru nak merangkak mengejar ilmu akhirat..bantu kami! Bukankah dakwah itu sepatutnya dilakukan dengan penuh lemah lembut..awak tau tak betapa sukarnya untuk kami berubah ke arah kebaikan..tapi akan jadi lebih sukar untuk kami istiqamah jika ada manusia2 yang mcm mereka2 yang menghukum..please!!!Bantu kami! sama2 kita melangkah ke syurga Allah..in shaa Allah..aamiin..

p/s:thank for reading the long entry..sama2 kita menimba ilmu!


No comments:

Post a Comment